Cara Membuat Batik Ikat Celup Pelangi – Cara Membuat Batik Ikat Celup Pelangi
Konon kain pelangi telah dipakai oleh masyarakat Melayu, namun karena meletusnya Perang Dunia II, batik ini lenyap. Anda masih dapat menemukan batik ini di daerah Palembang. Jika dilacak asal muasalnya, diperkirakan kesenian ini berasal dari Gujarat, karena di sana juga terdapat kain yang sama, yang diberinama Budhi. Cara membuat batik ini yaitu menggunakan biji salak maupun kacang hijau yang diikat kuat
Ikat-celup kain pelangi adalah teknik di dalam kategori tekstil resis. Proses membuat sehelai kain selendang berukuran satu setengah meter memerlukan kain sutera atau kain kapas halus, supaya kain ini senang diserap pewarna.
Terlebih dahulu corak dan motif perlu dirancang dan dilukis ke atas kain. Kemudian kain ini dijahit jelujur secara halus mengikut rekaan yang terdapat di kain tersebut. Setiap jahitan ke atas motif ditarik kemas dan diikat mati supaya menghalang perwarna menyerap di bahagian ikatan ini semasa mencelupkan pewarna. Biji saga atau biji kacang hijau boleh juga diikat untuk mendapatkan motif bulatan.
Seterusnya kain yang telah diikat, dicelupkan ke dalam pewarna sebagai warna latar. Setelah kering, kain ini akan dibuka kesemua ikatan pada motif dan diperkemaskan. Proses seterusnya mewarnakan motif-motif yang dibuka ikatannya dengan warna yang biasa digunakan seperti warna merah jambu dan kuning atau dibiarkan putih iaitu warna asal kain. Cara mewarna perlu berhati-hati supaya warna itu tidak merebak ke tempat lain. Mewarna kain pelangi ini perlu mempunyai kesabaran dan ketelitian.
Jika menggunakan warna asli alam perlulah mematikan warna dengan asam limau. Kain ini juga boleh menggunakan pewarna sintetik. Seterusnya kain pelangi ini dibilas dengan air bersih dan dijemur hingga kering. Kain pelangi ini, kemudiannya digosok dengan seterika panas dan boleh dipakai sebagai selendang.
Pewarna pada zaman dahulu diperoleh daripada alam sekitar dan dibuat daripada rebusan kulit buah-buahan, daun-daun, batang dan akar kayu. Ada juga dicampur dengan kesumba asli dari India. Orang dahulu mewarnakan benang atau kain dengan pewarna asli daripada tumbuh-tumbuhan yang sedia ada di Malaysia.
Contohnya akar kayu mengkudu (morinda citrifolia) dan daun engkerbai (psychotria viridiflora) yang dapat menghasilkan variasi warna merah, kunyit warna kuning dan daun tarum(indigofera) warna biru gelap. Dengan teknologi baru, kain pelangi ikat-celup ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pewarna sintetik.
Cara Membuat Batik Ikat Celup Pelangi
#Batik, #Cara, #Celup, #Ikat, #Membuat, #Pelangi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar